Thursday, April 9, 2009

Formula Penawar Homeopati


Semua jenis ubatan atau penawar homeopathi selamat digunakan oleh manusia dan haiwan. kerana ia tidak mengandungi drug. Kaedah memproses homeopathi adalah dengan mempotensikan semua unsur-unsur alam ini bagi mendapatkan glombangnya. Hakikatnya teknik ini diambil dari hadis nabi s.a.w. yang mafhumnya jika lalat jatuh dalam minuman maka hendaklah dibenamkan lalat itu (kemudian lalat itu dibuang). Air itu boleh diminum kerana sudah bebas daripada penyakit. Menurut hadis nabi pada perut lalat itu ada penyakit dan pada sayapnya ada ubat. Ini memberi kenyataan kepada kita bahawa di bahagian sayapnya itu ada glombang kepada penyakit yang terdapat pada perut lalat itu.

Berdasarkan kepada kaedah itu maka ahli homeopathi telah mengkiaskan atau menerapkan kepada unsur-unsur lain dengan mengabil glombang daripada bahan-bahan alam ini walaupun bahan alam ini merupakan unsur yang memberi mudarat jika diambil tetapi dengan mengambil glombangnya sahaja maka ia selamat digunakan. Itulah yang disebut "benda yang sama mengubat benda yang sama" (similia simi-libus curantur)


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
RU: 04-9882597

Penawar Penjana Minda Sesuai Untuk Semua


Harga: RM35.00 + belanja pos RM5.00
Pembelian melebihi 10 botol belanja pos percuma.
Pembelian melebihi 100 botol diskaun 30%
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun bank:


BIMB : 
090-100-201-8393-7

Penawar Penjana Minda ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat manusia. Ia tidak membahayakan kesihatan dan tidak ada kesan sampingan. Semua penawar homeopati tidak mengandungi drug dan ia selamat digunakan.

Penawar ini berfungsi menambahkan daya ingatan, menambahkan kerajinan membaca buku dan kerja-kerja harian.

Mereka yang malas study dan malas mengulang kaji pelajaran eloklah ambil penawar ini. Kesannya terbukti.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
RU: 04-9882597


ALAMAT:

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

Friday, October 3, 2008

Ringkasan Penawar Homopati


ACONITUM NAPELLUS

Aconite adalah penawar yang disaran apabila semboyan muncul dengan tiba-tiba, terutama akibat terdedah kepada angin sejuk dan kering, seperti demam terkena embun atau angin sejuk. Biasa dipreskripsi pada peringkat permulaan demam, selsema, keradangan dan seumpamanya.
Kes-kes yang dirujuk termasuklah demam kulit panas dan kering, gelisah serta cemas akibat terperanjat, terkejut atau takut. 
Aconite disebut juga sebagai penawar “short-acting” yang sangat berguna sewaktu permulaan bagi penyakit akiut.

ALLIUM CEPA

· Kegunaannya: Demam dengan semboyan hidung berair, berair mata dan berhingus. Bersin yang kuat. Demam “hay fever.” Sakit kepala.
· Juga, sakit bahagian larink ketika batuk.
· Melarat di bilik yang panas. Juga melarat bila kaki basah. Semakin lega di tempat terbuka.

ALUMINA

· Kegunaan: Tali perut tidak aktif atau lemah. Sembelit, najis keras atau berketul-ketul serta berlendir. Kalaupun najis lembut, tetapi memerlukan peneranan yang lebih ketika buang air besar. 
· Dapat mematikan racun akibat dari aluminium.
· Gambaran Alumina termasuk: Serba salah. Lemah, letih. Kering, seperti kering tekak, kering kulit. Lapar terhadap makanan tidak hadam.
· Aggravasi: Daripada panas, potato, berselang hari, ketika bulan mengambang penuh. Selepas haid.
· Lega bila petang, semakin baik di tempat terbuka.


APIS MELLIFICA

· Kegunaan umum: gigitan/sengatan serangga atau binatang berbisa, bengkak di bahagian buku lali, sakit seperti terbakar. Umpamanya kelopak mata bawah bengkak seperti berisi air.
· Semboyan mental menunjukkan pesakit gelisah dan mudah mengeluarkan air mata, juga mudah marah dan gundah akibat cemburu.
· Dari segi fizikal, sakitnya rasa terbakar dan bisanya menyengat-nyengat. Tidak dahaga. Mengantuk. Sangat sensitif dengan sentuhan. Kulit kering dan berpeluh.
· Ia melarat dengan panas dan bila dijamah. Tapi lega bila mandi, terkena air sejuk atau angin sejuk. 


ARGENTUM NITRICUM

· Penawar ini berguna bagi sakit pembuluh suara (laryngitis) terutama bagi penyanyi atau ahli pidato. Batuk apabila menyanyi atau berpidato. Mudah gementar dan tak dapat mencari perkataan yang betul.
· Mental: lemah ingatan, takut-takut yang menyebabkan cirit-birit. Cenderung gopoh.
· Fizikal: Letih. Mudah goyah, terutama di kaki. Banyak angin.
· Semboyan melarat di bilik hangat atau tengah malam. Lega dengan udara bersih dan sejuk.


ARNICA MONTANA

· Umumnya penawar ini berguna untuk sebarang kesan trauma, kepenatan atau kemalangan yang melibatkan barang tumpul. Kerana itu ruang lingkup kegunaannya meliputi sakit-sakit belakang, terpelecok, pendarahan, lebam-lebam, urat-urat tegang dan berbisa, juga letih setelah bekerja.
· Semboyan-semboyan bagi mental: kehilangan rasa (apathy), takut atau mudah ketakutan, pengsan atau tidak sedarkan diri selepas mengalami kemalangan mekanikal.
· Semboyan-semboyan fizikal: Tubuh rasa berbisa, lenguh- lenguh, lebam-lebam dan sensitif dengan sentuhan. Ada tanda-tanda biru dan kehitaman.
· Aggravasi: Semboyan-semboyan makin melarat apabila bergerak, disentuh atau berbaring di sebelah kiri.


ARSENICUM ALBUM

· Arsenicum. ialah penawar polycrest yang banyak kegunaanya. Ia selalu digunakan untuk masalah perut tidak betul, muntah-muntah dan cirit-birit, terutama akibat daripada keracunan makanan.
· Sangat bermanfaat dalam kes-kes: demam, selsema, sakit kerongkong, gastrik, kedahagaan, tidur terganggu, gelisah, asthma dan orang yang berputus asa.
· Mustahak diperhatikan semboyan mental seperti: gelisah dan takut mati, serba salah, sedih, tidak suka ambil peduli, kecenderungan untuk bunuh diri dan sensitif.
· Fizikalnya: sakit membakar lega dengan panas, sangat dahaga tetapi minum sedikit sahaja, muka pucat dan letih.
· Aggravasi: selepas tengah malam. Melarat dengan makanan dan minuman. Lega: dengan panas. 


ATROPA BELLADONNA

· Penawar ini sesuai untuk radang dan demam akiut.
· Antara semboyan-semboyannya ialah anak mata besar terbeliak, muka merah padam dan penyakit tersebut cepat datang dan cepat hilang.
· Belladonna biasanya dipakai dalam kes: selsema selepas gunting rambut atau selepas pertukaran udara, sakit kerongkong, sakit kepala, sakit telinga, demam balun, sawan hendak tumbuh gigi dan bisul merah di peringkat permulaan.
· Aggravasi: Sangat sensitif dengan pergerakan, disentuh, cahaya dan bunyi. Berbaring di bahagian yang sakit.


BAPTISIA TINCTORIA

· Paling berguna untuk demam kepialu. Kegunaan lain: Selsema rasa sendi ingin bercerai. Rasa kaki tangan jadi besar. Badan rasa sakit bila berbaring. Cirit-birit. Ulcer dan berdarah. Berak berdarah.
· Mentalnya: Resah. Mudah mengantuk. Ilusi - rasa badan ada dua.
· Fizikal: Lenguh-lenguh. Tilam rasa keras. Najis bau tengik. Lapar udara bersih.


BRYONIA ALBUM

· Bryonia adalah penawar polycrest untuk pelbagai penyakit.
· Kegunaannya: Batuk kering. Sakit kepala bila bergerak. 
· Cirit-birit makan buah-buah masam. Bengkak tetek. Bisa-bisa rheumatik, bisa-bisa tempurung lutut. Radang kerongkong.
· Semboyan yang utama dikenal pasti: Melarat bila bergerak. Tersangat dahaga. Lega bila diam dan di tempat terbuka.


CALENDULA

· Mustahak disimpan dan penawar utama dalam pertolongan cemas kerana ia penawar antiseptik homoeopati. 
· Berguna dan sangat berkesan untuk luka, kulit terkoyak selepas pembedahan, luka selepas bersalin dan lain-lain jenis luka. Ia boleh menghentikan darah selepas cabut gigi. 
· Penggunaan Calendula merangsang kesembuhan, mengelak dari bernanah dan mengurangkan parut luka. Calendula boleh diambil secara internal dalam potensi rendah. Ia boleh juga disapu untuk aplikasi setempat, iaitu yang disediakan dalam bentuk losyen atau ointment. 
· Calendula dalam bentuk powder pula berguna untuk ruam panas, kulit merah atau sakit-sakit seperti yang terdapat dicelah peha, lengan dan leher bayi. 


CANTHARIS

· Kegunaan: Terbakar dan melecur. Rasa sakit atau panas seperti terbakar, terutama di kemaluan atau saluran kencing. Bila terlalu kerap dan tak tertahan untuk kencing. Payah hendak kencing. Tidak dapat kencing. 
· Mental pesakit: dicirikan dengan keadaan resah, serba salah dan sangat kuat dorongan seks.
· Bagi sesetengah orang - sakit melarat semasa atau ketika buang air kecil, ketika minum air, bila disentuh, daripada bunyi air dan daripada kopi.


CHAMOMILLA

· Kegunaan utama: Untuk pertumbuhan gigi kanak-kanak yang menyebabkan mudah marah, meradang dan merajuk. Juga untuk cirit-birit ketika tumbuh gigi, kanak-kanak suka didukung, sakit gigi melarat akibat kepanasan.
· Segi mental: Mudah marah dan fikiran terganggu, sensitif dengan rasa sakit.
· Fizikal: Sebelah lesung pipi merah, sebelah lagi pucat, sukar tidur. 
· Melarat akibat sejuk.


COLOCYNTHIS

· Kegunaan: Cika, melarat apabila makan dan minum. Sakit perut yang lega bila membongkok dan bila ditekan. 
· Mental: Tak mau bercakap
· Fizikal: Sakit di bahagian sendi.
· Aggravasi: Daripada emosi, marah. Sakit melarat semasa rehat.


COCCULUS INDICUS

· Ini adalah penawar bagi semboyan loya, muntah dan pening. Terutama apabila ia melarat dengan sebarang pergerakan. Sebaliknya akan tenang apabila berbaring atau diam.
· Dengan itu ia sesuai untuk: Mabuk kenderaan darat seperti bila menaiki kereta atau keretapi. Boleh juga digunakan untuk mabuk laut seperti mabuk naik feri. Ataupun pesakit yang rasa hendak muntah bila bangkit dari tidur.
· Selalu juga pesakit menunjukkan semboyan bencikan makanan dan minuman. Lemah, kebas dan menggigil seluruh anggota. Melarat di udara terbuka.


EUPHRASIA

· Ini adalah penawar yang bekerja di kawasan mata. Ia selalu dipakai untuk sakit mata merah atau sakit mata kerana tercedera.
· Semboyan biasa ialah banyak tahi mata atau air mata. 
· Batuk, khusus bagi batuk siang hari, semakin lega bila malam.


GELSEMIUM

· Berguna untuk orang yang mengalami rasa takut dan fobia, terutama apabila menggeletar dan rasa mahu kencing. Takut jatuh, takut pergi cabut gigi. Rasa degupan jantung terhenti tiba-tiba.
· Disarankan bagi mereka yang rasa letih, mengantuk dan tak bermaya. 
· Aduan fizikal: Sakit kepala, migraine. Sangat berguna bagi influenza, selsema atau sakit kerongkong. Terutama bila kelopak mata rasa berat.


HEPAR SULPH

· Penawar anti-psoric yang mustahak. Disediakan untuk merawat sinusitis, ulcer mulut, tonsilitis atau semboyannya mudah bernanah. 
· Ia mempunyai daya untuk menolak bisa-bisa serta benda asing yang terdapat dalam badan seperti tulang ikan, sampah dalam mata dan lain-lain.
· Mental: Tidak tahan mendengar sindiran atau kata nista. Serba tak kena (anxiety), sangat sensitif dengan sentuhan, gelisah di sebalik ketenangan. Fizikal pun sangat senfitif.
· Terlalu sensitif kepada udara sejuk. Sangat sensitif dengan kesakitan, sampai boleh pengsan.


HYPERICUM

· Baik sekali untuk luka yang kecil dan menyakitkan. Luka terhiris, terguris atau menggelupas. Terutama luka yang melibatkan urat saraf. Tetapi ia juga berguna untuk luka tertusuk.
· Semboyan mental: Pesakit selalu pelupa dan buat kesilapan.
· Aggravasi: sensitif dengan sejuk.


IPECACUANHA

· Berguna untuk rasa loya yang tidak lega dengan muntah- muntah. Tumpah darah, seperti berdarah hidung. Asthma. Sakit pembuluh pernafasan (bronchitis). Nafas berbunyi seperti siulan serta muntah-muntah. 
· Cirit-birit bagi kanak-kanak dengan najis berwarna hijau.
· Segi mental, ia berkehendakkan sesuatu yang ia tidak tahu.
· Pesakit selalu lega di tempat terbuka.


LEDUM PALUSTRE

· Penawar utama untuk luka tertusuk dan berguna untuk sengatan binatang. 
· Kerap digunakan untuk bisa gout, bisa pirai atau luka-luka. Terutama untuk anggota bawah yang melarat naik ke atas. Bisa di ibu jari kaki atau tumit bengkak.
· Semboyan melarat apabila berpanas-panas di katil sehingga terpaksa bangkit untuk mendapatkan kelegaan.


MERCURIUS SOLUBILIS

· Merupakan Raja penawar anti-sifilitik
· Nafas dan tubuh berbau busuk. Telinga bernanah busuk
· Mudah mendapat ulser. Ulser di tonsil. Ulser di kemaluan bernanah dan nampak kotor. Di segenap anggota bernanah.
· Melarat malam, sensitif kepada panas dan sejuk. Rasa lega bila suhu sederhana.


NITRIC ACID

· Kegunaan: Rasa sakit menyucuk seperti sakit pecah-pecah mulut (ulcer), kerongkong, dubur, buasir, saluran kencing (gonorrhoea) dan sebagainya. Discaj semua busuk. Tali perut lemah dan sensitif, mudah kena cirit-birit. 
· Nitric acid dianggap sebagai penawar tiga kronik miasm, terutama sifilis.
· Semboyan utama: Sakit pedih, sangat sensitif, busuk, air kencing berbau, mudah berdarah, mudah kena cirit-birit.
· Semboyan mental - takut mati.


NUX VOMICA

· Penawar yang sesuai untuk orang yang hidup mewah. Orang yang ketagihan arak, rokok, kopi dan makanan berempah. Atau orang yang banyak makan ubat-ubatan yang mengandungi dadah. 
· Boleh dipakai untuk sembelit, bila rasa najis tak keluar habis.
· Nux. Vom. sesuai untuk orang yang terlalu sensitif, kurus dan berambut hitam, selalu mengadu pasal gastrik dan sembelit atau telah ketagih dengan bahan-bahan seperti rokok, kopi, dadah dan lain-lain.
· Aggravasi: terhadap udara luar atau kalau penawar diberi di waktu pagi. 


SAMBUCUS

· Ini adalah penawar khusus bagi hidung tersumbat di kalangan kanak-kanak: susah bernafas terutama di waktu malam, yang menyebabkan sukar untuk tidur. Juga kalau ada tanda sembab di kaki dan di hidung.
· Penawar ini kerapkali dirujuk bila didapati peluh hadir sewaktu datang semboyan. Kebanyakan aduan berlaku semasa rehat dan hilang semasa bergerak.


SULPHUR

· Raja bagi segala penawar. 
· Sesuai untuk orang yang pengotor, selekeh, mengidap sakit kulit, kulit tidak sihat, gatal-gatal. Busuk - badan busuk, nafas busuk, najis busuk, faraj busuk. Rasa panas terbakar - dalam mata dan dalam hidung, dalam perut, dalam tetek, dada dan merayap ke muka serta ke seluruh anggota.
· Mental: Pelupa, lemah memori, sangat kedekut.
· Fizikal: Panas terbakar; rasa lemah dan kosong dalam perut.
· Aggravasi: Tak tahan panas.


THUJA OCCIDENTALIS

· Thuja dikenal sebagai raja penawar bagi anti-sycosis. 
· Ia berguna untuk sakit ketumbuhan seperti ketuat dan daging. Juga mampu membuang kesan buruk daripada vaksin yang mengakibatkan cirit birit atau sakit kulit.
· Pesakit selalu mengadu sakit disebelah kiri seperti uluran (air pasang) sebelah kiri, lumpuh sebelah kiri dan sakit sarang telur (ovary) di sebelah kiri.
· Aggravasi: Sensitif dengan sejuk. Melarat dengan kepanasan tempat tidur. Sakit lega dengan menekan, menggosok, menyilang kaki dan membalut kepala.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah 
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA 

HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
RU: 04-9882597



Sejarah Homopati

PENDAHULUAN
Homoeopati berasal dari dua perkataan iaitu "homoios" dan "pathos". Homoios bermakna serupa atau seumpama . Pathos pula bermaksud penderitaan , perasaan, atau penyakit. Oleh itu homoeopati merujuk kepada cara merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa.
"Yang serupa" di sini merujuk kepada tanda-tanda atau symptoms. Tanda-tanda yang serupa disini ialah apabila seseorang itu mengalami tanda-tanda penyakit seperti pening dan loya, maka ia akan dirawat secara homoeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan tanda-tanda pening dan loya yang serupa. Itulah maksud "homoeopathy" pada asasnya.
Dari sudut sejarah, konsep dan undang-undang asas homoeopati telah bermula sejak zaman Hippocrates lagi. Beliau pernah menulis "By similar things a disease is produced and through the application of the like, it is cured", yang bermaksud menerusi benda yang serupa sesuatu penyakit itu terjadi dan menerusi aplikasi yang serupa juga ia disembuhkan. Pengasas sistem "Homoeopati" ini adalah Dr. Samuel Hahnemann seorang ahli perubatan German dan menjadikan sistem ini sebagai satu sistem perubatan yang saintifik. Cristian Friedrich Samuel adalah nama sebenar yang diberikan kepada Dr. Samuel Hahnemann.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN HOMOEOPATI
Pada tahun 1789, Dr. Samuel Hahnemann sentiasa berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat lain dan dari pengalaman dan pengamatannya, beliau merasakan amalan perubatan pada masa itu adalah kasar , tidak bertamadun dan kurang berkesan. Dalam keadaan ini satu sistem perubatan baru iaitu "homoeopati" mula diperkenalkan.
Semasa Dr. Hahnemann menterjemah sebuah buku dari Bahasa Inggeris ke Bahasa German yang ditulis oleh Dr. William Cullan yang berjodol "A Treaties On Materia Medica", beliau telah berdepan dengan sejenis ramuan – Cinchona officinalis (Peruvian Bark / Fever tree / Jesuit’s Bark). Cinchona tersebut pernah digunakan untuk merawat malaria di Amerika Selatan dan Eropah. Dr. Hahnemann telah mencuba beberapa dos Cinchona dengan tujuan untuk menguji kesan dan implikasinya.
Pada tahun 1799, satu bencana melanda Leipzig iaitu merebaknya wabak scarlet. Dalam pada itu Dr. Hahnemann mendapati Belladonna sangat serupa dengan simptom demam scarlet. Dr. Hahnemann memberikan penawar Belladonna kepada kanak-kanak di Leipzig dalam dos yang diperkecilkan dan ternyata ramai kanak-kanak terselamat dari wabak scarlet. Buku "Organon of The Healing Art" mengandungi rumusan-rumusan homoeopati dan Dr. Hahnemann mengembangkan prinsip asas homoeopati kepada "SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR" atau Let likes be cured with likes.
Sementara asas sains yang dianjurkan oleh Dr. Hahnemann dalam seni kesembuhan adalah terdiri dari Undang-undang Seraksi, pilihan dos minimum yang sesuai dan ulangan dos. Kini Organon diiktiraf sebagai bahan rujukan utama dalam pengamalan ilmu homoeopati di seluruh dunia. Beliau juga menekankan kesembuhan kekal yang hanya boleh diperolehi menerusi "penawar homoeopati dalam dos yang kecil". Akhirnya , pada 2hb. Julai 1843, Dr. Hahnemann telah menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau telah bergelut dengan berbagai tragedi dalam memperjuangkan perubahan dan mengembangkan sistem perubatan homoeopati.
Perkembangan perubatan homoeopati di Malaysia pula diasaskan oleh seorang tokoh yang amat berjasa dan terkenal kepada tanah air iaitu Prof. Dr. Burhanuddin Al-Helmy (1911 – 1969). Dan pada tahun 1953/1954 adalah merupakan tahun bersejarah kerana lahir sebuah institusi atau pusat pengajian homoeopati yang pertama secara informal di rumah Dr. Burhanuddin sendiri iaitu di kampung Panchitan, Singapura.
Pada tahun 1960 tertubuhlah sebuah persatuan homoeopati yang pertama di Malaysia yang dikenali dengan nama "Persatuan Homoeopati Malaya" dan pada tahun 1979 persatuan ini diubah namanya kepada Persatuan Perubatan Homoeopati Malaysia atau singkatannya PPHM.

FALSAFAH PERUBATAN HOMOEOPATI
Falsafah perubatan homoeopati dirujuk kepada falsafah kesembuhan sebagaimana yang diterangkan dalam para 1 Organon , iaitu :
"The physician’s high and only mission is to restore the sick health, to cure as it is termed".
Ertinya : setinggi-tinggi dan satu-satunya tugas doktor itu ialah mengembalikan sakit kepada sihat sebagaimana yang dikehendaki.
Sementara tentang caranya diterangkan di dalam para 2, Organon seperti berikut :
"Cara penyembuhan yang paling ideal ialah mengembalikan kesihatan dengan jalan yang cepat, lemah lembut dan berkekalan, atau menyembuhkan penyakit secara keseluruhannya dalam jangka masa pendek, dapat dipertanggungjawabkan serta paling tidak memudaratkan menurut kaedah yang ma’kul".
Jalan yang cepat yang dimaksudkan oleh Dr. Hahnemann ialah tanpa penangguhan yang tidak perlu , merugikan masa dan wang. Sementara lembut dan paling tidak memudaratkan memberi erti melakukan dengan mesra dan tanpa kesan sampingan dadah (toxic) akibat terlampau banyak ubat. Berkekalan bermaksud dengan tidak banyak menekan tanda-tanda atau simptom yang memungkinkan ia muncul kembali dalam apa bentuk sekalipun. Keseluruhan penyakit merujuk kepada bukan satu simptom tetapi keseluruhan simptom-simptom. Kaedah yang ma’kul pula bererti dengan tidak menggunakan sihir atau kepercayaan karut, tetapi hendaklah mengikut cara yang saintifik.
Oleh itu, sistem homoeopati dapat disimpulkan sebagai satu sistem perubatan yang berdasarkan kepada cara-cara yang lemah lembut untuk membantu tubuh dalam usaha mencapai kesembuhan iaitu dengan menghilangkan penyakit.

KLASIFIKASI PENYAKIT
Dr. Hahnemann membahagikan penyakit kepada dua kumpulan iaitu "penyakit-penyakit akut" dan "penyakit-penyakit kronik". Penyakit-penyakit akut ialah dari jenis penyakit yang bertindak singkat dan sementara. Contohnya ialah seperti demam biasa dan demam campak.
Penyakit-penyakit kronik pula bersifat kekal atau hampir kekal dengan tidak dapat ditentukan bila bermula, berlangsung dan berakhir. Menurut Dr. Hahnemann, penyakit kronik memaparkan hidapan secara kekal ke dalam tubuh berpunca dari tiga "miasm" yang dikenali sebagai psora, syphilis dan sycosis. Miasm boleh diertikan sebagai gangguan pada fisiologi secara berterusan selepas jangkitan penyakit walaupun kumannya sudah lama dihapuskan. Biasanya penyakit-penyakit kronik miasm ini dibawa secara turun temurun. Contoh miasm psora ialah scabies, miasm syphilis ialah kerosakan tisu-tisu, organ-organ dan tulang dan contoh miasm sycosis seperti ketuat dan "ganglia".

PEMILIHAN PENAWAR ATAU UBATAN
Pemilihan penawar atau ubatan berdasarkan prinsip-prinsip asas homoeopati , terutamanya prinsip "individualisation" dalam rawatan dan Undang-undang Seraksi. Dengan cara itu kita dapati penawar yang dipilih untuk satu-satu penyakit akan berlainan apabila diberikan kepada orang atau pesakit yang berlainan. Inilah yang membezakan perubatan homoeopati dengan perubatan allopati. Allopati mengubati penyakit tetapi homoeopati mengubati individu yang sakit.
Dalam homoeopati, faktor-faktor yang membawa kepada pemilihan penawar atau ubat ada tiga iaitu : simptom-simptomnya, punca timbul penyakit dan faktor-faktor miasm. Proses runding cara (kaunseling) dan individualisasi memainkan peranan yang penting dalam rawatan homoeopati.


MATERIA MEDICA

PENGENALAN
Secara terminologi atau secara mudahnya Materia Medica atau Medical Material ialah satu senarai penawar-penawar atau ubat-ubatan. Secara khususnya , Materia Medica homoeopati merujuk kepada rekod-rekod tentang kesan-kesan bahan bernilai perubatan yang aktif ke atas orang yang sihat , yang secara teknikalnya dikenali sebagai "uji bukti" atau proving. Dalam homoeopati, terdapat pelbagai jenis Materia Medica, tetapi kesemuanya hampir sama sahaja antara satu sama lain dilihat dari uji bukti sebenar.
Bagaimanapun penulis-penulis buku Materia Medica tersebut mempunyai cara tersendiri dalam penulisan bukunya, iaitu sama ada menjadikannya lebih mudah atau lebih sukar difahami. Itulah yang membezakan antara buku Materia Medica yang lain.

Pengetahuan Tentang Penawar atau Ubatan
Seorang pengkaji Materia Medica harus melihat kepada "proving" penawar atau ubat dan kemudian aplikasinya. Seseorang yang ingin mendalami ilmu homoeopati sekurang-kurangnya perlu mahir dengan 20 atau 30 jenis penawar. Setiap individu yang ingin mendalami ilmu tentang penawar-penawar homoeopati mestilah mempunyai sikap tekun, sabar dan istiqamah dalam menghafal dan mendalami ilmu tentang penawar-penawar.

Hubungan Penawar
Penawar-penawar homoeopati boleh dikumpulkan kepada tiga kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini dibahagi berdasarkan tindakan penawar yang berhubungkait dengan penawar-penawar lain. Kumpulan-kumpulan tersebut ialah :-
PENAWAR-PENAWAR PENGGENAP
Penawar-penawar penggenap atau complementary remedies ialah penawar-penawar yang boleh bekerja bersama-sama atau penawar yang membantu menyelesaikan kerja-kerja penawar-penawar asas sebelumnya. Contohnya, selepas Aconite boleh diberi Arnica atau Bryonia atau selepas Aloe boleh diikuti dengan Kali bich.

PENAWAR-PENAWAR BERMUSUH
Penawar ini saling bermusuh antara satu sama lain. Penggunaan mana-mana penawar yang ‘ inimical ‘ setelah penawar asas telah diberi, boleh mengusutkan atau menambahkan komplikasi penyakit. Ini menyebabkan rawatan semakin sukar dilakukan. Contohnya, apabila penawar Allium sativa diberi selepas Aloe, ia bukan sahaja menghentikan tindakan Aloe, tetapi turut merosakkan sistem tubuh dengan simptom baru serta menyukarkan rawatan seterusnya.

PENAWAR-PENAWAR ANTIDOT
Penawar-penawar antidot atau antidotal remedies merupakan penawar pemati. Dos yang berlebihan yang tidak disengajakan boleh bertindak mengganggu sistem tubuh. Untuk mematikan atau meneutralkan simptom-simptom yang meracuni sistem, terdapat penawar-penawar yang boleh membantu mematikan penawar sebelumnya. Contohnya, apabila berlaku dos yang berlebihan Aloe, kita boleh mematikan kesan buruknya dengan memberikan penawar Champhor atau Nux Vomica.

MATERIA MEDICA RINGKAS
Aconitum napellus
Aconite adalah penawar yang disaran apabila simptom muncul dengan tiba-tiba, terutama akibat terdedah kepada angin sejuk dan kering, seperti demam terkena embun atau angin sejuk. Biasa tanda pada peringkat permulaan ialah demam, selesema, keradangan dan seumpamanya.
Kes-kes yang dirujuk termasuklah demam kulit panas dan kering, gelisah serta cemas akibat terperanjat, terkejut atau takut.
Aconite juga disebut sebagai penawar " short-acting " yang sangat berguna sewaktu permulaan bagi penyakit akut.

Allium cepa
Kegunaannya : Demam dengan simptom hidung berair, mata berair dan berhingus serta bersin yang kuat. Demam ‘hay fever’ dan sakit kepala.
Sakit bahagian larinks ketika batuk.
Melarat di bilik yang panas, bila kaki basah dan semakin lega di tempat yang terbuka.

Alumina
Kegunaannya : Tali perut tidak aktif atau lemah.Sembelit, najis keras atau berketul-ketul serta berlendir. Jika najis lembut, tetapi memerlukan peneranan yang lebih ketika buang air besar.
Dapat mematikan racun akibat daripada aluminium.
Simptom alumina termasuk serba salah, lemah, letih, kering seperti kering tekak dan kering kulit dan lapar terhadap makanan tidak hadam.
Lega bila petang, semakin baik di tempat yang terbuka.

Aloe vera
Penggunaannya : Boleh menyelesaikan masalah gastrik, sembelit, cirit-birit, buasir, senggugut, tekanan darah tinggi, kencing manis, jerawat, keguguran rambut dan lain-lain lagi.
Kegunaannya adalah meliputi luaran dan dalaman dan memberikan kesan yang cepat.

Arnica montana
Kegunaannya : Kesan trauma, kepenatan atau kemalangan yang melibatkan barang tumpul. Ia meliputi sakit belakang, terpelecok, pedarahan, lebam-lebam, urat tegang dan berbisa serta letih setelah bekerja.
Simptom-simptom bagi mental : Kehilangan rasa, takut atau mudah takut, pengsan selepas mengalami kemalangan mekanikal.
Simptom-simptom fizikal : Tubuh rasa berbisa, lenguh-lenguh, lebam-lebam dan sensitif dengan sentuhan. Terdapat tanda biru dan kehitaman.

Atropa belladonna
Kegunaannya : Radang dan demam akiut.
Simptom : Anak mata besar terbeliak, muka merah padam dan penyakit tersebut cepat datang dan cepat hilang.
Belladonna biasanya digunakan dalam kes selsema selepas gunting rambut atau selepas pertukaran udara, sakit kerongkong, sakit kepala, sakit telinga, demam balun, sawan hendak tumbuh gigi dan bisul merah di peringkat permulaan. Sangat sensitif dengan pergerakan, disentuh, cahaya dan bunyi.

Bryonia album
Bryonia adalah penawar polycrest untuk pelbagai penyakit.
Kegunaannya : batuk kering, sakit kepala bila bergerak, cirit-birit apabila makan buah-buah masam,bisa-bisa reumatik, bisa-bisa tempurung lutut dan radang kerongkong.
Simptom yang utama dikenal pasti : melarat bial bergerak, sangat dahaga. Lega bila diam di tempat yang terbuka.

Calendula
Penting disimpan dan penawar utama dalam pertolongan cemas kerana ia penawar antiseptik homoeopati.
Kegunaannya : berkesan untuk kulit luka, kulit terkoyak selepas pembedahan, luka selepas bersalin dan lain-lain jenis luka. Juga berguna bagi menghentikan darah selepas cabut gigi.
Penggunaan Calendula merangsang kesembuhan, mengelak dari bernanah dan mengurangkan parut luka. Boleh diambil secara internal dalam potensi rendah. Boleh juga disapu untuk aplikasi setempat, iaitu yang disediakan dalam bentuk losyen atau ointment. Calendula dalam bentuk powder pula berguna untuk ruam panas, kulit merah atau sakit-sakit seperti yang terdapat dicelah peha, lengan dan leher bayi.

Cantharis
Kegunaannya : terbakar dan melecur. Rasa sakit atau panas seperti terbakar, terutama di kemaluan atau saluran kencing. Susah untuk membuang air kecil.
Mental pesakit : dicirikan dengan keadaan resah, serba salah dan sangat kuat dorongan seks.

Euphrasia
Penawar yang bekerja di kawasan mata. Selalu diguna untuk sakit mata merah atau sakit mata kerana tercedera.
Simptom : banyak tahi mata dan air mata.
Batuk, khusus bagi batuk siang hari, semakin lega bila malam.

Gelsemium
Berguna untuk orang yang mengalami rasa takut dan fobia, terutama apabila menggeletar dan rasa mahu terkencing. Contohnya takut jatuh atau takut pergi cabut gigi. Rasa degupan jantung terhenti tiba-tiba.
Disarankan bagi mereka yang rasa letih, mengantuk dan tak bermaya.
Aduan fizikal: Sakit kepala, migraine. Sangat berguna bagi influenza, selesama atau sakit kerongkong.

Hypericum
Kegunaannya : baik sekali untuk luka yang kecil dan menyakitkan. Luka terhiris, terguris atau menggelupas. Terutama luka yang melibatkan urat saraf dan luka tertusuk.
Simptom : pesakit selalu lupa dan sering buat kesilapan. Sensitif dengan cuaca sejuk.

Ipecacuanha
Kegunaannya : Berguna untuk rasa loya yang tidak lega dengan muntah-muntah. Tumpah darah, seperti hidung berdarah, asama, sakit pembuluh pernafasan, nafas berbunyi seperti siulan serta muntah-muntah.
Cirit-birit bagi kanak-kanak dengan najis berwarna hijau.
Segi mental : ia berkehendakan sesuatu yang ia tidak tahu dan pesakit selalu lega di tempat yang terbuka.

Ledum palustre
Penawar utama untuk luka tertusuk dan berguna untuk sengatan binatang.
Kerap digunakan untuk bisa gout, bisa pirai atau luka-luka. Terutama untuk anggota bawah yang melarat naik ke atas. Bisa di ibu jari kaki atau tumit bengkak.

Nux vomica
Penawar yang sesuai untuk orang yang hidup mewah. Orang yang ketagihan arak, rokok, kopi , makanan berempah dan orang yang banyak makan ubat-ubatan yang mengandungi dadah.
Kegunaannya : untuk sembelit, orang yang terlalu sensitif, kurus dan berambut hitam, gastrik, ketagihan bahan-bahan seperti rokok, kopi, dadah dan lain-lain.

Thuja occidentalis
Dikenali sebagai raja penawar bagi anti-sycosis.
Kegunaannya : sakit ketumbuhan seperti ketuat, sakit di sebelah kiri seperti uluran (air pasang) lumpuh sebelah kiri dan sakit sarang telur (ovary).

Sambucus
Penawar khusus bagi hidung tersumbat di kalangan kanak-kanak : susah bernafas terutama di waktu malam , yang menyebabkan sukar untuk tidur juga sekiranya terdapat tanda sembab di kaki dan di hidung.

PENUTUP
Mengimbau kembali sejarah bermulanya homoeopati sejak zaman penemuan sehingga ia berkembang ke berbagai negara, jelaslah bahawa zaman yang dilalui oleh Dr. Hahnemann merupakan zaman yang sangat sukar dan penuh tribulasi.
Perkembangan mutakhir yang memberangsangkan kepada perubatan homoeopati bermula sejak akhir 1970an apabila orang ramai mulai sedar tentang kesan-kesan sampingan dan unsur-unsur ketagihan terhadap penggunaan ubat-ubatan moden.
Selain itu masyarakat juga mula sedar mengenai keterbatasan sistem rawatan allopati yang tidak mampu mengubati semua jenis penyakit. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam kegagalan dalam merawat sesetengah jenis kanser dan AIDS.
Ada juga yang beralih kepada rawatan homoeopati justeru itu ia dianggap lebih selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan dadah. Rawatannya pula boleh didapati dengan secara relatifnya lebih murah.
Akhir sekali, kita juga dapat saksikan bagaimana bertambahnya kesedaran di kalangan masyarakat tentang senaman, pemakanan, cara hidup sihat di samping kecenderungan masyarakat hari ini kepada rawatan secara holistik. Semua ini membantu ke arah penerimaan semula masyarakat terhadap homoeopati.

RUJUKAN
Prof. Dr. Burhanuddin al-Helmy 1985, Sepintas lalu Perkembangan Ilmu Perubatan , Majalah Perubatan Homoeopathy. Jil.1.
"Dr. Cristian samuel Hahnemann", 1985, Majalah Perubatan Homoeopathy, Jil.1.
Mohammed Hatta Abu Bakar,1995, Perubatan Homoeopati.
Banja, Dr. K.C, 1979, Masterkey to Homoeopathic Materia Medica.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah 
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA 

HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
RU: 04-9882597


Keistimewaan Homopati

  1. Dibuat dari bahan-bahan alami tumbuh-tumbuhan, hewan dan mineral

  • Penyembuhkan secara menyeluruh tidak tergantung pada jenis penyakit
  • Proses penyembuhan bekerjasama dengan system immune tubuh, dengan mengaktifkan system
  • tubuh untuk mengobati diri sendiri
  • Tidak toksik (beracun), tidak ada efek samping, dan tidak menyebabkan ketagihan
  • Tidak pahit, dan mudah untuk anak-anak, dan orang tua
  • Pengujian tidak dilakukan pada hewan, tetapi langsung pada manusia

  • Ustaz Abd Aziz bin Harjin
    Pensyarah
    Universiti Teknologi MARA Perlis
    02600 Arau, Perlis
    MALAYSIA

    HP: 013-4006206
    PJ: 04-9882701
    RU: 04-9882597

    MATERIA MEDICA HOMOEOPATHY

    MATERIA MEDICA HOMOEOPATHY

    ACONITE
    (Aconitum napellus)
    Aconite termasuk kedalam famili Ranunculaceae, tumbuh dipegunungan Eropa, Rusia, dan Asia Tengah. Nama lain dari aconite adalah monk,s-shood; wolf, bone; blue rocket; friar,s cap. Dalam pengobatan Homoeopathic, Aconite diindikasikan untuk : takut yang tidak beralasan; terpapar udara dingin dan kering, penyakit akut yang tiba-tiba dan hebat, kurang istirahat, restlessness, kebas dan menggelenyar tingling.

    ALLIUM CEPA
    (Allium cepa)
    Allium Cepa termasuk famili Liliceae, banyak tumbuh di kebun atau ditanam dipot, di Indonesia dikenal dengan sebutan bawang merah (red union). Bawang merah dipergubakan sebagai obat sejak ratusan tahun silam, yang dipergunakan secara eksternal maupun internal. Dalam pengobatan Homoeopathic diindikasikan untuk : bersin-bersin, batuk; mata dan hidung berair; demam dan hayfever.

    ANACARDIUM
    (Anacardium occidentale)
    Anacardium termasuk famili Anacardiaceae, tumbuhan ini banyak ditanam dikebun-kebun dan dibudidayakan sebagai tanaman buah. Nama lain dari Anacardium adalah ; Jambu Monyet, Jambu Mete, Jambu Mede, Gaju. Anacardium diindikasikan untuk : phobia dan nervous; daya ingat menurun; cemas dan berkhayal; sakit otot, lepra dan penyakit kulit.

    APIS
    (Apis millefica)
    Dalam sejarah peradaban manusia lebah dan manusia sudah terjalin sejak 9000 tahun yang silam. Nama lain dari Apis adalah ; Honey bee, Lebah madu. Apis diindikasikan untuk : rasa terbakar; bengkak disekitar sengatan; beberepa reaksi alergi; dan perasaan iri.

    ARNICA
    (Arnica montana)
    Arnica termasuk famili Compositae, tumbuhan perdu dengan tinggi 25 – 30 cm berbunga kuning, dan banyak tumbuh dipadang rumput lereng pegunungan Andes, di Eropa, Asia Tengah dan Siberia. Anica sudah lama dibudidayakan sebagai tanaman jamu atau perennial herb. Di Swiss Arnica sangat akrab dengan pendaki gunung, untuk menghilangkan rasa pegal dan nyeri, para pendaki biasa mengunyah daunnya. Nama lain dari Arnica adalah; leopard,s bone; fall-kraut, mountain tobacco, sheezewort. Arnica diindikasikan untuk ; luka akibat tabrakan; trauma, kejepit akut atau kronis; lembam dan memar, lelah, angina pectoris, dan untuk melancarkan peredaran darah.

    AURUM MET
    (Aurum metallicum)
    Aurum pertama kali diperkenalkan oleh bangsa Mesir yang dikenal dengan unsur emas, tujuh abad sebelum masehi sudah dipergunakan sebagai koin. Emas banyak terdapat diberbagai negara, dan sebagai negara penghasil emas terbesar adalah Afrika Selatan, Amerika Utara, dan Australia. Emas mulai dipergunakan sebagai pengobatan pada abad kedua belas untuk keluhan jantung, dan pada abad ke duapuluh dipergunakan untuk tuberculosis. Dalam Homoeopathy diindikasikan untuk ; photobia, mau bunuh diri, autrofobia, sensitif terhadap suara, angina pectoris, nyeri pada tulang.

    BARYTA CARB
    (Barium carbonicum)
    Baryta sangat beracun, terutama unsur bariumnya, bila dikosumsi secara langsung akan menimbulkan rasa mual dan muntah-muntah. Baryta biasanya dipergunakan untuk racun tikus dan pelapis porselin serta barang pecah belah. Pada akhir abad ke 19 atau awal abad ke 20 digunakan untuk obat tuberkolosis dan pembengkakan kelenjar. Dalam pengobatan Homoeopathic Baryta carb diindikasikan untuk : anak yang terlambat dalam perkembangan mental, fisik dan emosi, tidak percaya diri; batuk dan bronchitis; menolak orang asing; pikun dan penyakit tua lainnya; gusi mudah berdarah.

    BELLADONNA
    (Atropa Belladonna)
    Belladonna termasuk family Solanaceae, nama lain deadly nightshade, common dwale, Atropa Belladonna, solanum furiosum, devil,s cherries, sorcerer’s cherry, witches’berry. Bagian yang digunakan sebagai obat daun dan bunga segar. Kata Atropa berasal dari nama dewa Yunani, Atropus, yang tugasnya mencabut kehidupan seseorang, adapun Belladonna mempunyai arti wanita cantik. Belladonna banyak digunakan oleh wanita Italia sebagi obat tetes mata untuk melebarkan pupil mata yang membuat mereka lebih cantik dan menarik. Dalam Homoeopathy Belladonna diindikasikan untuk : spasme, mual dan vertigo, panas tinggi, muka merah, kesadaran meracau, mengigau (delirium), sensitif terhadap cahaya, payudara meradang dan nyeri, prolapsus uteri dll.

    BRYONIA
    (Bryonia alba)
    Bryonia termasuk famili Cucurbitaceae, mempunyai daun berwarna hijau terang dan berbuah warna hitam tumbuh liar di hutan didataran Inggris bagian Selatan, Eropa Tengah dan Selatan. Bryonia sudah terkenal sejak ribuan tahun yang lalu. Menurut Culpeper Bryonia dicampur dengan madu obat mujarab untuk membersihkan paru-paru dan batuk yang tidak sembuh-sembuh. Bryonia diindikasikan untuk : terjadi agravasi jika bergerak, rasa nyeri di otot, dada, kepala; nyeri/sakit kepala disebabkan keluhan pencernaan atau konstopasi; nyeri rematik; bronchitis; kekakuan pada sendi dan tulang.

    CANTHARIS
    (Cantaris vesicatoria)
    Cantharis ternasuk famili Coleostera, terdapat di perancis Selatan, Spanyol dan Asia Barat. Secara tradisional digunakan untuk kutil, kebotakan, dan membangkitkan libido. Nama lain dari Cantharis ; Spanish fly, Blister Beetle. Cantharis diindikasikan untuk : rasa terbakar dan nyeri di kandung kemih; keluhan rahim urinaria, urine tidak lancar, keluar tetes demi tetes, keluhan libido, kehilangan nafsu makan.

    CAPSICUM
    (Capsicum anum L)
    Capsicum termasuk famili Solanaceae, tanaman ini banyak tumbuh dikebun-kebun dan dibudidayakan sebagai tanaman rempah. Nama lain dari Capsicum adalah Chili pepper, Cabe merah. Dalam pengobatan Homoeopathic Capsicum diindikasikan untuk : tenggorokan rasa terbakar; keluhan prostrat; minuman beralkohol, sesak napas; selalu bernostalgia.

    CHAMOMILLA
    (Chamomilla)
    Chamomilla termasuk famili Compositae, tumbuh liar disela-sela tanaman gandum dan jagung terutama ditanah berpasir didaratan Eropa, Afrika Utara, Amerika. Dikenal sejak abab pertama masehi, digunakan untuk keluhan pencernaan, gangguan tidak bisa tidur dan sebagai teh. Herbalis menggunakan chamomilla sebagai obat luar untuk mengatasi ganguan kulit seperti eksim dan luka bakar. Nama lian dari chamomilla adalah : corn feverfew, mutricaria chamomilla. German chamomile. Chamomilla diindikasikan untuk : mudah teriritasi; hipersensitip terhadap rasa nyeri, anak-anak yang cengeng.

    CINA
    (Cinnamomum cassia)
    Cinnamomum termasuk famili Lauraceae. tumbuhan ini banyak tumbuh di Indonesia, dan sudah sejak lama dipergunakan sebagai rempah-rempah. Nama lain dari Cinnamomum adalah : Chinase kaneel, Chinese cinnamomum, Bastrad cinnamomum, Kayumanis cina. Penggunaan dalam Homoeopathy diindikasikan untuk : nyeri haid, tidak datang haid; rematik; epilepsi; darah tinggi.

    EUPATORIUM
    (Eupatorium triplinnerve)
    Eupatorium termasuk famili Copositae, tumbuhan ini merupakan tumbuhan liar yang banyak tumbuh disemak-semak. Nama lain dari Eupatorium : Daun Prasman, Daun Panahan, Jukut Prasman, Raja panah. Penggunaan dalam Homoeopathic diindikasikan untuk : insomnia, sakit kepala, digigit serangga, panas dalam, gangguan pada limpa dan diare.

    FERRUM PHOS
    (Ferrum phosphoricum)
    Ferrum Phos merupakan salah satu garam biokemik (biochemic tissue salts) dari Dr. W. Schussler. Penggunaan garam tissue adalah apabila terjadi difisiensi fungsi tubuh maka dapat dikurangi oleh garam biochemik. Nama lain dari Ferrum Phos adalah: Iron phosphate, besi fosfat, vivianite merupakan sumber ferrum phos dari alam. Penggunaan dalam Homoeopathic diindikasikan untuk : infeksi dan inflamasi pada tahan awal; keluhan pernapasan; pencernaan; nyeri dan gatal ditelinga disertai kurang pendengaran; sirkulasi darah kurang lancar; jari tangan dan kaki kebas dan dingin.

    KALI BICHROMICUM
    (Potassium bichromate)
    Kali bich merupakan eksikator, sangat korasif dan beracun. Dalam dunia industri digunakan sebagai pewarna tekstil, fotografi dan komponen batrai listrik. Sebagai obat Homoeopathic dibuktikan pertama kali oleh Dr. Drysdale dan dipublikasikan pada tahun 1864. Nama lain Kali bich adalah Potassium bichromate. Penggunaan dalam Homoeopathic diindikasikan untuk : sinusitis, nyeri diakar hidung, nyeri didahi; tonsil bengkak dan kemerahan; flu yang sukar sembuh, ingus kehijau-hijauan; keluhan pencernaan, nyeri seperti disengat setelah makan.

    LACHESIS
    (Lachesis muta)
    Lachesis termasuk famili Ophidia, terdapat di Amerika selatan. Anggota dari famili Rattlesnake merupakan pemburu yang agresif, bisanya sangat beracun. Nama lain lachesis ; Bushmaster Snake, dan dinami Surucucu oleh bangsa Indian. Lachesis diindikasikan untuk : keluhan sebelah kiri; penderita dipteri, pusing akibat sengatan sinar matahari; bisul, ucler dan gangren, hemorroid, darah berwarna gelap.

    NUX VOMICA
    (Strychnos Nux vomica)
    Nux vomica tumbuh di daratan India, Myanmar, Cina, Thailand dan Australia bagian utara, nama lain Nux vomiva adalah Poison nut, Quiker buttons. Bagian yang digunakan adalah biji. Tumbuhan ini beracun, dibawa kedaratan Eropa dari Asia Tenggara pada abad ke15. Dalam Homoeopathy Nux vomica diindikasikan untuk : mengatasi ganguan pencernaan, rasa takut yang tidak normal, nyeri, putus asa, vertigo, sulit tidur, masalah haid, pernapasan dan gangguan kandung kemih dll.

    PLANTAGO MAYOR
    (Plantago asistica)
    Plantago termasuk famili Plantaginaceae, tanaman ini tumbuh liar di kebun-kebun, di Indonesia tumbuhan ini sudah lama dipergunakan sebagai tanaman obat. Nama lain dari Plantago adalah Plantai, Daun urat, Daun sendok. Dalam pengobatan Homoeopathi Plantago diindikasikan untuk : buang air kecil tidak terkontrol; penyakit kulit, bintik-bintil, galgata, radang bengkak, jari-jari tangan, kaki dan tumit; sakit telinga; gigi sensitive bila disentuh.

    SEPIA
    (Sepia officinalis)
    Sepia termasuk famili Dibranchiata, erat kaitannya dengan octopus dan squid. Muluska ini dapat berkamuflase dengan berubah warna dan melindungi diri sendiri dengan menyemburkan tintanya. Secara tradisional bangsa Yunani menggunakan tintanya untuk gonorhoe dan batu ginjal. Pada zaman Hahnemann digunakan sebagai pigmen oleh pelukis dan pencetak. Nama lain dari Sepia adalah Cuttlefish. Dalam pengobatan Homoeopathic diindikasikan untuk : keluhan wanita sebelum dan selama period,: menjelang menopouse, hot fluske; pusing disertai keringan dikaki dan telapak tangan.

    SYMPHYTUM
    (Symphytum officinale L)
    Symphytum termasuk famili Borraginaceae, tanaman ini banyak tumbuh di Indonesia terutama didaerah pegunungan yang berudara dingin dan cukup sinar matahari. Nama lain dari symphytum adalah Komfrey, Kompri, Gompring, Kompering. Penggunaan Symphytum dalam Homoeopathy diindikasikan untuk : pembengkakan pada otot; tumor tulang; radang persendian; tulang retak dan diabetes.

    STRAMONIUM
    (Daruta Stramonium)
    Stramonium termasuh famili Solanaceae, tumbuhan ini termasuk tanaman liar yang banyak tumbuh di Indonesia, berbunga warna lembayung atau putih dan sangat beracun. Nama lain dari Stramonium adalah : Kecubung, Kecubu, Kecubong. Penggunaan dalam Homoeopathy diindikasikan untuk : asma; bronchitis; kejang-kejang; gangguan ingatan; meracau, dan ketakutan

    SULPHUR
    (Sulphur)
    Homer seorang penyair Yunani menggunakan uap sulphur untuk membersihkan rumahnya (abad 9 sebelum masehi). Di China dan Barat digunakan sebagai obat untuk gangguan kulit dan sebagai antiseptik, dikenal juga sebagai pembersih darah. Nama lain dari Sulphur adalah; Flower of sulphur, Brimstone. Sebagai obat Homoeopathic pertama kali dibuktikan oleh Dr. S. Hahnemann dan dipublikasikan dalam bukunya Materi Medica Pura. Penggunaan dalam Homoeopathic diindikasikan untuk : kulit kurang sehat, rasa gatal, digaruk kulit terasa terbakar, (unclean hebat), selfish; keluhan pencernaan; keluhan pernapasan, flu cenderung bronchitis.

    TARENTULA
    (Tarentula hispanica)
    Tarentula terdapat di Eropa bagian selatan, nama tarentula diambil dari Tarenta suatu pelabuan di kali tungga, yang dihubungkan kalajengking. Meskipun tidak mematikan sengatannya terantism, suatu penyakit yang ditandai dengan mania atau melankolis. Nama lain dari Tarentula ; worlf Spider, Spanish Spider, Hunting Spider. Tarentula diindikasikan untuk : hiperaktif; sangat sensitif terhadap musik; tidak dapat beristirahat; angina dan keluhan jantung; keluhan wanita.

    VALERIANA
    (Valeriana laschenaultti)
    Valeriana termasuk famili Valerianaceae, tanaman ini merupakan tumbuhan perdu, di Indonesia dibudidayakan sebagai tanaman hias. Nama lain dari Valeriana adalah Valerian. Dalam pengobatan Homoeopathic diindikasikan untuk : haid lambat dan sedikit; histerian dan terlalu sensitive, penyakit syaraf, perasaan seperti melayang-layang.

    Ustaz Abd Aziz bin Harjin
    Pensyarah 
    Universiti Teknologi MARA Perlis
    02600 Arau, Perlis
    MALAYSIA 

    HP: 013-4006206
    PJ: 04-9882701
    RU: 04-9882597